Berdasarkan fakta sejarah dunia Melayu
mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing yang dibawa masuk
melalui penguasaan orang British. Antaranya masyarakat mempunyai tiga kaum yang
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Sebilangan kecil orang Cina yang datang
ke Tanah Melayu hanya sebagai pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka,
Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan.
Sementara itu, sebilangan kecil orang
India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu di Pulau Pinang dan
Seberang Perai. Fenomena ini berlaku kerana ekoran daripada dasar kolonial
British atas tujuan sektor ekonomi. Dasar liberal British dapat mewujudkan
masyarakat yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup.
Pembentukan masyarakat majmuk pada masa
kini member kesan seperti lahirnya tiga jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India
yang kaya dengan adat resam serta mempunyai budaya dan gaya bahasa yang
tersendiri sekaligus dapat mewujudkan konsep 1Malaysia. Seterusnya, isu
perkauman yang berlaku di Malaysia boleh membantutkan hasrat kejayaan Malaysia
serta menjejaskan dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
Dari aspek politik misalnya,pertambahan
kemasukan pendatang asing menyebabkan ketidakselesaan terhadap masyarakat terhadap masyarakat tempatan. Manakala dari
aspek ekonomi, peleburan yang dikeluarkan oleh kerajaan terhadap warga seperti
kemudahan tempat tinggal menunjukkan seolah-olah hak istimewa orang Melayu telah
hilang. Dari aspek sosial pula pengaruh negatif yang di bawa masuk boleh
meracuni pemikiran golongan muda dan gejala maksiat yang semakin berleluasa.
LATAR
BELAKANG/PENYATAAN MASALAH
Pembentukan
masyarakat majmuk telah berlaku pada zaman dahulu lagi. Namun begitu,
masyarakat pada masa kini kian terdedah kepada perkara-perkara negatif yang
berlaku pada zaman yang serba moden ini.
Antara
punca yang menyebabkan masyarakat kian mundur ialah kurangnya nilai-nilai dalam
diri masyarakat kini terutama dalam kalangan remaja yang bakal menjadi pemimpin
pada masa akan datang bagi membentuk perpaduan yang kukuh. Sebagai contoh,
remaja kini mudah terjebak dalam masalah-masalah sosial yang boleh meruntuhkan
akhlak dan keperibadian remaja.
Selain
itu, kurangnya pemahaman tentang patriotisme dalam kalangan masyarakat demi
keamanan Negara. Misalnya, masyarakat mengambil mudah tentang perkara yang
melibatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam Negara. Hal ini boleh menggugat
ketenteraman dan keamanan Negara.
OBJEKTIF
KAJIAN
1.Untuk
menerangkan konsep masyarakat majmuk di Malaysia
2.Untuk
menerangkan isu keganasan yang berlaku di dalam Negara pada masa kini.
3.Untuk
memamahami dan mempelajari konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita.
METODOLOGI
KAJIAN
Sepanjang
kajian ini dijalankan kami mendapatkan sumber bahan melalui ,internet
,perpustakaan dan juga menggunakan borang soal selidik.Melalui sumber yang kami
perolehi sedikit sebanyak membantu kami untuk menyiapkan kajian ini dengan
pengisian data yang kukuh dan kami mendapatkan pendapat atau fahaman responden
yang lebih jelas tentang tajuk yang kami bincangkan iaitu“konsep pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini”
Kami
lebih menfokuskan sumber dari Internet yang lebih memudahkan kami untuk
menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci tentang “pembentukan masyarakat
majmuk di Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini serta
implikasinya pada Negara”.
Seterusnya
,kaedah yang kami gunakan iaitu borang soal selidik yang diberikan kepada
responden terpilih.Hasil yang kami dapati melalui borang tersebut akan
dikumpulkan untuk dibuat penelitian dan dimasukkan ke dalam batasan kajian
sebagai bahan rujukan kami.
Selain
itu , kami menggunakan perpustakaan sebagai sumber kajian kami untuk mencari
serta memahami tajuk yang diberi iaitu “pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini serta implikasinya pada
Negara” melalui akhbar harian ,buku-buku yang berkaitan dengan isu Negara dan
sebagainya .
Setelah
mngumpulkan kesemua maklumat yang kami cari,kami akan membandingkan yang
manakah sumber yang lebih baik dan sesuai untuk bincangkan dalam kajian kami
ini.
Kesimpulan
yang kami dapat simpulkan adalah:
*Memahami
tentang tajuk serta konsep yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
*Menganalisis
kajian ini secara terperinci melalui pelbagai kaedah yang dilakukan untuk
mendapatkan sumber.
*Mengumpulkan
segala maklumat serta borang soal selidik yang telah diisi dari responden untuk
membuat perbandingan bagi kesuluruhan tajuk yang kami bincangkan.
BATASAN
KAJIAN
Bahagian A
Tajuk:
mengkaji jumlah responden yang memahami dan kefahaman mereka terhadap “konsep
masyarakat majmuk di Malaysia”.
Sila
bulatkan pada jawapan yang bersesuaian di petak yang disediakan:
Peringkat
|
Sangat tidak
setuju
(STS)
|
Tidak setuju
(TS)
|
Setuju
(S)
|
Sangat
bersetuju
(SB)
|
Skala
|
1
|
2
|
3
|
4
|
BIL.
|
ITEM
|
STS
|
TS
|
S
|
SB
|
(1)
|
Pada pandangan anda, adakah anda bersetuju masyarakat
kita menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian agar dapat
mewujudkan konsep masyarakat majmuk di kalangan masayarakat sekeliling.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(2)
|
Setiap individu perlu mengambil inisiatif memahami
apa itu konsep masyarakat majmuk secara menyeluruh
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(3)
|
Masyarakat majmuk mampu melahirkan sebuah masyarakat
yang berjaya dan cemerlang dari sudut aspek sahsiah,moral dan agama pada
Negara.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(4)
|
Konsep masyarakat majmuk mampu membangunkan Negara
dari aspek ekonomi,sosial dan politik serta memiliki konsep pentadbiran
Negara yang kukuh dan menjadi sebuah Negara yang aman
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(5)
|
Pada pandangan anda,adakah anda bersetuju jika
aktiviti konsep masyarakat majmuk 1malaysia dijalankan seperti sebuah kempen
pada setiap hujung bulan bagi menyatukan ikatan masyarakat sejagat yang
berbilang kaum.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
Bahagian B
Tajuk:
Men\gkaji isu-isu keganasan yang berlaku di dalam Negara pada masa kini.
BIL.
|
ITEM
|
STS
|
TS
|
S
|
SB
|
(1)
|
Pertambahan kemasukan pendatang asing menyebabkan
ketidakselesaan terhadap masyarakat setempat.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(2)
|
Isu perkaumanyang berlaku di Malaysia akan
menyebabkan pertelingkahan antara satu sama lain.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(3)
|
Penguasaan ekonomi
banyak dikuasai oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(4)
|
Isu keganasan yang berlaku dapat membawa pengaruh
negatif terhadap pemikiran golongan muda.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(5)
|
Isu maksiat yang berleluasa mudah didapati melalui
media massa sama ada yang bercetak atau elektronik.
|
1
|
2
|
3
|
4
|
Bahagian
C
Tajuk:Memahami
dan mempelajari konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum di Negara kita.
Bil.
|
ITEM
|
STS
|
TS
|
S
|
SB
|
(1)
|
Setiap individu perlu memahami konsep keharmonian di
dalam
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(2)
|
Konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan
masyarakat mampu membangunkan serta mewujudkan keamanan Negara
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(3)
|
Konsep keharmonian perlu diterapkan dalam kehidupan
seharian bagi setiap masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(4)
|
Untuk mewujudkan konsep keharmonian dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum, amalan nilai-nilai murni perlulah di terapkan
dalam kehidupan seharian bagi mengekalkan keamana Negara sejagat
|
1
|
2
|
3
|
4
|
(5)
|
Sewajar dengan konsep 1Malaysia yang telah
dilancarkan oleh perdana menteri kita secra tidak langsung ia dapat
merialisasikan konsep keharmonian di Negara ini yang mempunyai kepelbagaian
kaum,budaya,masyarakat, adat resam dan perbezaan bahasa
|
1
|
2
|
3
|
4
|
KEPENTINGAN
KAJIAN
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni
merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh
menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan
mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya
berterusan.
Berdasarkan tajuk yang kami kaji terdapat
beberapa kepentingan yang telah kami bincangkan antaranya, Malaysia dapat
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang
terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi
kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah Negara. Perkara ini
dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam
Negara iaitu peristiwa 13 Mei 1957. Rusuhan kaum yang berlaku tidak member
apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut
mempercepat dan memperkasa pembangunan Negara. Rakyat Malaysia yang terkenal
dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkanusaha memajukan
Negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan
pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani
kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam
maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan Negara. Kesannya
Negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan Negara. Bagi
merealisasikan kejayaan Negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai
usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan.
Antara
lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi
mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak menggunakan konsep `1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan
konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan
masyarakat dalam pencapaian sesebuah Negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu
maka pincanglah Negara itu.
Selain
itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab
masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi
menjadi saluran makumat dan membangkitkan semangat berstu-padu. Memperbanyakkan
iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai Negara dapat menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua
ini dapat dikongsi bersama-sama media
massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati
sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan Negara.
Kesimpulannya,
kemakmuran Negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama
mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa
dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja
setelah hampir 54 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan.
IMPLIKASI
ISU KEGANASAN YANG BERLAKU DI
MALAYSIA TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Isu keganasan yang berlaku di dalam masyarakat
di Malaysia telah memberi pelbagai impak terhadap kemajuan Negara sama ada dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini menjadi polemik dalam kalangan pemimpin
Negara.
Dari segi politik misalnya, pertambahan
kemasukan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal
berlaku dalam jangka masa yang singkat dan bertambah dari semasa ke semasa. Hal
ini menyebabkan ketidakselesaan terhadap penduduk tempatan dan boleh
mempengaruhi pemikiran masyarakat ke arah negatif. Selain itu, akan berlakunya
masalah perkauman dan terjadinya pertelingkahan antara satu sama lain.
Dari segi ekonomi pula, pihak kerajaan
telah banyak melakukan pelaburan wang terhadap warga asing dari segi kemudahan
tempat tinggal, pekerjaan, bantuan kewangan, rawatan kesihatan dan sebagainya.
Hal ini seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu telah hilang dan
dikuasainya sepenuhnya oleh warga asing. Sementara itu, penguasaan ekonomi dan pembangunan pusat perniagaan yang moden
kini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
Manakala dari segi sosial, masalah sosial
dan pengaruh negatif yang dibawa masuk semakin berleluasa sekaligus boleh
meracuni pemikiran anak-anak muda. Contohnya isu jenayah yang sering didengari
seperti rogol, kecurian, penderaan serta pergaduhan yang melibatkan warga
asing. Hal ini boleh memberi kesan yan tidak baik terhadap generasi yang akan
datang.
IMPLIKASI
ISU KEGANASAN YANG BERLAKU DI
MALAYSIA TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
Isu keganasan yang berlaku di dalam masyarakat
di Malaysia telah memberi pelbagai impak terhadap kemajuan Negara sama ada dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini menjadi polemik dalam kalangan pemimpin
Negara.
Dari segi politik misalnya, pertambahan
kemasukan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal
berlaku dalam jangka masa yang singkat dan bertambah dari semasa ke semasa. Hal
ini menyebabkan ketidakselesaan terhadap penduduk tempatan dan boleh
mempengaruhi pemikiran masyarakat ke arah negatif. Selain itu, akan berlakunya
masalah perkauman dan terjadinya pertelingkahan antara satu sama lain.
Dari segi ekonomi pula, pihak kerajaan
telah banyak melakukan pelaburan wang terhadap warga asing dari segi kemudahan
tempat tinggal, pekerjaan, bantuan kewangan, rawatan kesihatan dan sebagainya.
Hal ini seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu telah hilang dan
dikuasainya sepenuhnya oleh warga asing. Sementara itu, penguasaan ekonomi dan pembangunan pusat perniagaan yang moden
kini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
Manakala dari segi sosial, masalah sosial
dan pengaruh negatif yang dibawa masuk semakin berleluasa sekaligus boleh
meracuni pemikiran anak-anak muda. Contohnya isu jenayah yang sering didengari
seperti rogol, kecurian, penderaan serta pergaduhan yang melibatkan warga
asing. Hal ini boleh memberi kesan yan tidak baik terhadap generasi yang akan
datang.
EKONOMI
Pelbagai
isu keganasan yang seringkali kita dengari melalui akhbar,majalah,berita
semasa,radio,laman sesawang dan sebagainya.Antara isu keganasan yang berlaku
pada masa kini yang memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara ialah
kemasukan warga asing yang semakin meningkat pada setiap tahun.Contohnya isu,
“12000 pekerja Bangladesh untuk sektor peladangan Sarawak”.KUCHING-Keperluan
lebih 62000 pekerja dalam sektor perladangan di negeri ini menjadi faktor utama
kerajaan memutuskan untuk membawa masuk 12000 pekerja asing dari Bangladesh
dalam masa terdekat.Menteri sumber manusia,Datuk
Seri Richard Riot Jaem berkata,”para pengusaha ladang Sarawak juga telah
membuat permohonan bagi mendapatkan tenaga kerja kerana kebanyakan pekerja dari
Indonesia pulang ke negara asal ekoran beberapa ladang baharu dibuka
disana.Menurutnya,keputusan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh juga telah
mengambil pandangan semua pihak termasuk kerajaan negeri Sarawak.Jika dibuat
perbandingan,jumlah 12000 orang itu masih kecil dengan apa yang diminta oleh
pengusaha ladang.Bagaimanapun,pekerja Bangladesh tidak akan tiba serentak
sebaliknya secara beperingkat-peringkat.Majikan mereka akan menanti kedatangan
pekerja itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum terus dibawa masuk
ke ladang-ladang”,katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu
Pembangunan Sumber Manusia Berhad(PSMB).Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak bersama Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina menyaksikan memorandum
persafahaman(MoU)antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bangladesh untuk membawa
12000 pekerja dari negara tersebut ke Sarawak.Berdasarkan fakta yang kami ambil
melalui akhbar Kosmo mengenai info pekerja asing di Malaysia pada tahun
2013,(Indonesia 935,000) (Nepal 359,000)(Bangladesh 319,000)(Myanmar
174,000)(India 117,000)(lain-lain 196,000) Jumlah keseluruhan pekerja asing
yang sah di Malaysia sehingga Oktober 2013 seramai 2.1 juta orang.Jelaslah
dengan fakta yang dihuraikan bahawa kemasukan warga asing akan menyebabkan
pihak kerajaan akan membuat pelaburan wang kepada mereka dimana pihak kerajaan
akan menyediakan kemudah infrastruktur,tempat tinggal,bantuan kewangan dan
sebagainya.Hal ini menunjukkan seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu
telah hilang dan majoritinya dikuasi oleh warga asing.Secara tidak langsung
peluang pekerjaan terhadap orang Melayu menjadi terhad kerana tumpuan lebih
diberikan kepada warga asing.
POLITIK
Seterusnya
isu keganasan yang melibatkan dari aspek politik baru-baru ini di negara kita
melalui akhbar Kosmo ialah “Malaysia boleh bertukar menjadi negara sasaran
serangan militant”TUJUH orang militan Indonesia yang ditangkap polis pada 2
Disember lalu mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan sementara
sebelum mereka pergi ke Syria untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar
Al-Assad.KUALA LUMPUR-Meskipun tujuh militant Indonesia hanya menjadikan
Malaysia sebagai transit sebelum ke Syria baru-baru ini,adalah tidak mustahil
negara ini boleh dijadikan negara sasaran serangan oleh militan itu kelak,kata
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.”Pada masa ini Malaysia
berstatus sebagai negara transit tetapi jangan ingat bahawa status transit itu
boleh berubah kepada negara sasar.”Orang tak sangka Australia dan Sydney boleh
menjadi negara sasar,orang tak ingat Kanada atau AS boleh jadi negara
sasar.Jadi jangan ingat sasaran mereka hanya Iraq dan Syria sahaja,”katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen.Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas penahanan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar
Selangor awal bulan ini kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan
menjadikan Malaysia sebagai tempat transit sebelum mereka menuju ke
Syria.Semalam Ketua Polis Negara,Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata,kesemua warga Indonesia itu yang berusia antara 25-35
tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Teorism,Cawangan Khas,Bukit
Aman,2Disember lepas.Seorang daripada mereka dipercayai fasilitator yang
mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria dan disyaki mempunyai
hubungan dengan Umar Patek yang merupakan anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf dan
anasir Al-Qaeda di Asia Selatan.Hishammuddin turut mengingatkan masyarakat
terutama golongan muda supaya sentiasa peka dan prihatin terhadap ancaman
golongan militan berkenaan,-Bernama.Jelaslah dengan fakta yang kami bincangkan
di atas bahawa isu militan ini akan menggugat keamanan negara dan secara tidak
langsung menyebabkan rasa tidak keselesaan terhadap masyarakat tempatan dan
mereka akan merasa terancam dengan keadaan sekeliling mereka.Oleh itu,sebagai
inisiatifnya pihak kerajaan perlulah memandang serius terhadap isu ini kerana
ia melibatkan campur tangan antara dua negara Malaysia dan Indonesia agar
kedua-dua negara ini bersatu dengan kata sepakat serta mempunyai persefahaman
antara satu sama lain supaya isu ini dapat debendung dengan selamat.
SOSIAL
Isu
keganasan yang melibatkan dari aspek sosial antaranya ialah “peningkatan
mendadak kes ancaman siber membimbangkan”MELAKA-Ancaman siber di negara ini
menunjukkan peningkatan mendadak setiap bulan dalam tempoh Sembilan bulan
pertama tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,410kes.Timbalan Menteri
Sains Tekonologi dan Inovasi Datuk Dr.Abu Bakar Mohamad Diah berkata,daripada
jumlah itu sebanyak 717 kes ancaman siber direkodkan pada Januari (707),
Februari (498), Mac (707), April (773), Mei(645), Jun(777), Julai(943),
Ogos(1258) dan September(1822).Beliau berkata penipuan siber merupakan salah
laku tertinggi daripada ancaman siber yang direkodkan dalam tempoh tersebut
iaitu 3,326 kes, diikuti spam (1710),cubaan pencerobohan (1,244),
pencerobohan(708), kod fitnah(645), gangguan siber (430), berkaitan gangguan
(29), laporan yang mudah terdedah (25) dan penipuan perkhidmatan
(23).”Peningkatan kes ini serius dan perlu ditangani secara proaktif dengan
kerjasama pelbagai pihak terutama CyberSecurity Malaysia yang bertindak sebagai
agensi penguatkuasaan dan pemantauan kes ancaman siber selain penglibatan pakar
teknologi maklumat dan komunikasi serta penyelidik di negara ini.Ia penting
bagi melindungi bukan sahaja system teknologi maklumat negara malah pengguna daripada
menjadi mangsa ancaman keselamatan siber,”katanya pada sidang akhbar selepas
merasmikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Komunikasi Maklumat (WCIT) 2014
anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).Contohnya, kes “Blogger seks
Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee”yang sedang dibicarakan di mahkamah.Alvin
juga dipercayai memuat naik status mencarut dalam akaun Facebooknya yang
ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bagi
mencabar menteri itu melaksanakan kata-kata amarannya yang mahu menarik balik
pasportnya dalam usaha membawa pulang blogger seks tersebut ke Malaysia.Selain
itu, pasangan blogger seks ini turut mencetuskan kemarahan umat Islam apabila
mengucapkan selamat berbuka dengan hidangan bak kut teh (sajian sup tradisi
masyarakat Cina ysng biasanya menggunakan daging babi).Secara ringkasnya
merujuk dengan fakta yang dijelaskan masalah ini perlu ditangani secepat
mungkin agar ia tidak berlaku berterusan yang akan diwarisi dari mana-mana
bangsa dan agama.Hal ini kerana, apabila masalah ini berlarutan ia akan wujud
isu perselisihan antara kaum dan juga akan menyebabkan imej negara Malaysia
tercalar yang dikenali sebagai negara yang bermasalah serta memberi kesan pada
ekonomi yang merudum, kedudukan politik yang tidak stabil dan permasalahaan
masyarakat sekeliling.Pihak yang bertanggungjawab sewajarnya memandang serius
terhadap permasalahan yang berlaku di negara ini dan mengambil tindakan serta
merta.
PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat
majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup
berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama
tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya
yang tersendiri.Kesan campur tangan Inggeris telah mewujudkan sebuah konsep
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang membawa perubahan dalam politik
dan sosio-ekonomi.
Malaysia
pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik.Kepelbagaian kaum dan
etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat
resam.Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia pada dahulunya
tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan
kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
sebuah “pembentukan masyarakat majmuk”.
SEKIAN DARIPADA KAMI..
1. SITI AISHAH
2. FARAHHANI
3. FATIN NURHALIZA
4. SUWIZA HUSIN
No comments:
Post a Comment