Thursday, March 19, 2015

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK


 
 
 
 
 
Image result for pembentukan masyarakat majmuk di malaysiaSINOPSIS
      Berdasarkan fakta sejarah dunia Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing yang dibawa masuk melalui penguasaan orang British. Antaranya masyarakat mempunyai tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Sebilangan kecil orang Cina yang datang ke Tanah Melayu hanya sebagai pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan.
     Sementara itu, sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Fenomena ini berlaku kerana ekoran daripada dasar kolonial British atas tujuan sektor ekonomi. Dasar liberal British dapat mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup.
Image result for pembentukan masyarakat majmuk di malaysia     Pembentukan masyarakat majmuk pada masa kini member kesan seperti lahirnya tiga jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang kaya dengan adat resam serta mempunyai budaya dan gaya bahasa yang tersendiri sekaligus dapat mewujudkan konsep 1Malaysia. Seterusnya, isu perkauman yang berlaku di Malaysia boleh membantutkan hasrat kejayaan Malaysia serta menjejaskan dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
     Dari aspek politik misalnya,pertambahan kemasukan pendatang asing menyebabkan ketidakselesaan terhadap masyarakat  terhadap masyarakat tempatan. Manakala dari aspek ekonomi, peleburan yang dikeluarkan oleh kerajaan terhadap warga seperti kemudahan tempat tinggal menunjukkan seolah-olah hak istimewa orang Melayu telah hilang. Dari aspek sosial pula pengaruh negatif yang di bawa masuk boleh meracuni pemikiran golongan muda dan gejala maksiat yang semakin berleluasa.
 
LATAR BELAKANG/PENYATAAN MASALAH
Pembentukan masyarakat majmuk telah berlaku pada zaman dahulu lagi. Namun begitu, masyarakat pada masa kini kian terdedah kepada perkara-perkara negatif yang berlaku pada zaman yang serba moden ini.
            Antara punca yang menyebabkan masyarakat kian mundur ialah kurangnya nilai-nilai dalam diri masyarakat kini terutama dalam kalangan remaja yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang bagi membentuk perpaduan yang kukuh. Sebagai contoh, remaja kini mudah terjebak dalam masalah-masalah sosial yang boleh meruntuhkan akhlak dan keperibadian remaja.
           Selain itu, kurangnya pemahaman tentang patriotisme dalam kalangan masyarakat demi keamanan Negara. Misalnya, masyarakat mengambil mudah tentang perkara yang melibatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam Negara. Hal ini boleh menggugat ketenteraman dan keamanan Negara.
 
OBJEKTIF KAJIAN
1.Untuk menerangkan konsep masyarakat majmuk di Malaysia
2.Untuk menerangkan isu keganasan yang berlaku di dalam Negara pada masa kini.
3.Untuk memamahami dan mempelajari konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita.
METODOLOGI KAJIAN
Sepanjang kajian ini dijalankan kami mendapatkan sumber bahan melalui ,internet ,perpustakaan dan juga menggunakan borang soal selidik.Melalui sumber yang kami perolehi sedikit sebanyak membantu kami untuk menyiapkan kajian ini dengan pengisian data yang kukuh dan kami mendapatkan pendapat atau fahaman responden yang lebih jelas tentang tajuk yang kami bincangkan iaitu“konsep pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini”
Kami lebih menfokuskan sumber dari Internet yang lebih memudahkan kami untuk menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci tentang “pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini serta implikasinya pada Negara”.
Seterusnya ,kaedah yang kami gunakan iaitu borang soal selidik yang diberikan kepada responden terpilih.Hasil yang kami dapati melalui borang tersebut akan dikumpulkan untuk dibuat penelitian dan dimasukkan ke dalam batasan kajian sebagai bahan rujukan kami.
Selain itu , kami menggunakan perpustakaan sebagai sumber kajian kami untuk mencari serta memahami tajuk yang diberi iaitu “pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan isu keganasan yang berlaku pada masa kini serta implikasinya pada Negara” melalui akhbar harian ,buku-buku yang berkaitan dengan isu Negara dan sebagainya .
Setelah mngumpulkan kesemua maklumat yang kami cari,kami akan membandingkan yang manakah sumber yang lebih baik dan sesuai untuk bincangkan dalam kajian kami ini.
 
Kesimpulan yang kami dapat simpulkan adalah:
*Memahami tentang tajuk serta konsep yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
*Menganalisis kajian ini secara terperinci melalui pelbagai kaedah yang dilakukan untuk mendapatkan sumber.
*Mengumpulkan segala maklumat serta borang soal selidik yang telah diisi dari responden untuk membuat perbandingan bagi kesuluruhan tajuk yang kami bincangkan.
BATASAN KAJIAN
Bahagian A
Tajuk: mengkaji jumlah responden yang memahami dan kefahaman mereka terhadap “konsep masyarakat majmuk di Malaysia”.
Sila bulatkan pada jawapan yang bersesuaian di petak yang disediakan:
Peringkat
Sangat tidak setuju
(STS)
Tidak setuju
(TS)
Setuju
(S)
Sangat bersetuju
(SB)
Skala
1
2
3
4
 
BIL.
ITEM
STS
TS
S
SB
(1)
Pada pandangan anda, adakah anda bersetuju masyarakat kita menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian agar dapat mewujudkan konsep masyarakat majmuk di kalangan masayarakat sekeliling.
 
 
 
1
 
 
 
2
 
 
3
 
 
4
(2)
Setiap individu perlu mengambil inisiatif memahami apa itu konsep masyarakat majmuk secara menyeluruh
 
 
1
 
2
 
3
 
4
(3)
Masyarakat majmuk mampu melahirkan sebuah masyarakat yang berjaya dan cemerlang dari sudut aspek sahsiah,moral dan agama pada Negara.
 
 
1
 
2
 
3
 
4
(4)
Konsep masyarakat majmuk mampu membangunkan Negara dari aspek ekonomi,sosial dan politik serta memiliki konsep pentadbiran Negara yang kukuh dan menjadi sebuah Negara yang aman
 
 
 
1
 
 
2
 
 
3
 
 
4
(5)
Pada pandangan anda,adakah anda bersetuju jika aktiviti konsep masyarakat majmuk 1malaysia dijalankan seperti sebuah kempen pada setiap hujung bulan bagi menyatukan ikatan masyarakat sejagat yang berbilang kaum.
 
 
 
 
1
 
 
2
 
 
3
 
 
4
 
Bahagian B
Tajuk: Men\gkaji isu-isu keganasan yang berlaku di dalam Negara pada masa kini.
BIL.
ITEM
STS
TS
S
SB
(1)
Pertambahan kemasukan pendatang asing menyebabkan ketidakselesaan terhadap masyarakat setempat.
 
 
1
 
 
2
 
3
 
4
(2)
Isu perkaumanyang berlaku di Malaysia akan menyebabkan pertelingkahan antara satu sama lain.
 
 
1
 
2
 
3
 
4
(3)
Penguasaan ekonomi  banyak dikuasai oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
 
 
1
 
2
 
3
 
4
(4)
Isu keganasan yang berlaku dapat membawa pengaruh negatif terhadap pemikiran golongan muda.
 
 
1
 
2
 
3
 
4
(5)
Isu maksiat yang berleluasa mudah didapati melalui media massa sama ada yang bercetak atau elektronik.
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
Bahagian C
Tajuk:Memahami dan mempelajari konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita.
Bil.
ITEM
STS
TS
S
SB
(1)
Setiap individu perlu memahami konsep keharmonian di dalam
1
2
3
4
(2)
Konsep keharmonian yang diterapkan dalam kalangan masyarakat mampu membangunkan serta mewujudkan keamanan Negara
 
1
 
2
 
3
 
4
(3)
Konsep keharmonian perlu diterapkan dalam kehidupan seharian bagi setiap masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
 
1
 
2
 
3
 
4
(4)
Untuk mewujudkan konsep keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, amalan nilai-nilai murni perlulah di terapkan dalam kehidupan seharian bagi mengekalkan keamana Negara sejagat
 
 
1
 
 
2
 
 
3
 
 
4
(5)
Sewajar dengan konsep 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh perdana menteri kita secra tidak langsung ia dapat merialisasikan konsep keharmonian di Negara ini yang mempunyai kepelbagaian kaum,budaya,masyarakat, adat resam dan perbezaan bahasa
 
 
1
 
 
2
 
 
3
 
 
4
 
 
 
KEPENTINGAN KAJIAN
  Pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.
           Berdasarkan tajuk yang kami kaji terdapat beberapa kepentingan yang telah kami bincangkan antaranya, Malaysia dapat mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah Negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam Negara iaitu peristiwa 13 Mei 1957. Rusuhan kaum yang berlaku tidak member apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
           Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan Negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkanusaha memajukan Negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
          Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan Negara. Kesannya Negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan Negara. Bagi merealisasikan kejayaan Negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan.
        Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep `1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah Negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah Negara itu.
        Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran makumat dan membangkitkan semangat berstu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai Negara dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi  bersama-sama media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan Negara.
          Kesimpulannya, kemakmuran Negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan.

 
 
 
 
                            


 
  IMPLIKASI ISU KEGANASAN YANG           BERLAKU DI MALAYSIA TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
      Isu keganasan yang berlaku di dalam masyarakat di Malaysia telah memberi pelbagai impak terhadap kemajuan Negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini menjadi polemik dalam kalangan pemimpin Negara.
Dari segi politik misalnya, pertambahan kemasukan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal berlaku dalam jangka masa yang singkat dan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan terhadap penduduk tempatan dan boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat ke arah negatif. Selain itu, akan berlakunya masalah perkauman dan terjadinya pertelingkahan antara satu sama lain.
Dari segi ekonomi pula, pihak kerajaan telah banyak melakukan pelaburan wang terhadap warga asing dari segi kemudahan tempat tinggal, pekerjaan, bantuan kewangan, rawatan kesihatan dan sebagainya. Hal ini seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu telah hilang dan dikuasainya sepenuhnya oleh warga asing. Sementara itu, penguasaan ekonomi  dan pembangunan pusat perniagaan yang moden kini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
      Manakala dari segi sosial, masalah sosial dan pengaruh negatif yang dibawa masuk semakin berleluasa sekaligus boleh meracuni pemikiran anak-anak muda. Contohnya isu jenayah yang sering didengari seperti rogol, kecurian, penderaan serta pergaduhan yang melibatkan warga asing. Hal ini boleh memberi kesan yan tidak baik terhadap generasi yang akan datang.
IMPLIKASI ISU KEGANASAN YANG           BERLAKU DI MALAYSIA TERHADAP KEMAJUAN NEGARA
      Isu keganasan yang berlaku di dalam masyarakat di Malaysia telah memberi pelbagai impak terhadap kemajuan Negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini menjadi polemik dalam kalangan pemimpin Negara.
      Dari segi politik misalnya, pertambahan kemasukan warga asing seperti warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal berlaku dalam jangka masa yang singkat dan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan terhadap penduduk tempatan dan boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat ke arah negatif. Selain itu, akan berlakunya masalah perkauman dan terjadinya pertelingkahan antara satu sama lain.
       Dari segi ekonomi pula, pihak kerajaan telah banyak melakukan pelaburan wang terhadap warga asing dari segi kemudahan tempat tinggal, pekerjaan, bantuan kewangan, rawatan kesihatan dan sebagainya. Hal ini seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu telah hilang dan dikuasainya sepenuhnya oleh warga asing. Sementara itu, penguasaan ekonomi  dan pembangunan pusat perniagaan yang moden kini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu dan India.
        Manakala dari segi sosial, masalah sosial dan pengaruh negatif yang dibawa masuk semakin berleluasa sekaligus boleh meracuni pemikiran anak-anak muda. Contohnya isu jenayah yang sering didengari seperti rogol, kecurian, penderaan serta pergaduhan yang melibatkan warga asing. Hal ini boleh memberi kesan yan tidak baik terhadap generasi yang akan datang.
 
                                                                                                                             
                                                              EKONOMI    
Pelbagai isu keganasan yang seringkali kita dengari melalui akhbar,majalah,berita semasa,radio,laman sesawang dan sebagainya.Antara isu keganasan yang berlaku pada masa kini yang memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara ialah kemasukan warga asing yang semakin meningkat pada setiap tahun.Contohnya isu, “12000 pekerja Bangladesh untuk sektor peladangan Sarawak”.KUCHING-Keperluan lebih 62000 pekerja dalam sektor perladangan di negeri ini menjadi faktor utama kerajaan memutuskan untuk membawa masuk 12000 pekerja asing dari Bangladesh dalam masa terdekat.Menteri sumber manusia,Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata,”para pengusaha ladang Sarawak juga telah membuat permohonan bagi mendapatkan tenaga kerja kerana kebanyakan pekerja dari Indonesia pulang ke negara asal ekoran beberapa ladang baharu dibuka disana.Menurutnya,keputusan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh juga telah mengambil pandangan semua pihak termasuk kerajaan negeri Sarawak.Jika dibuat perbandingan,jumlah 12000 orang itu masih kecil dengan apa yang diminta oleh pengusaha ladang.Bagaimanapun,pekerja Bangladesh tidak akan tiba serentak sebaliknya secara beperingkat-peringkat.Majikan mereka akan menanti kedatangan pekerja itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum terus dibawa masuk ke ladang-ladang”,katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu Pembangunan Sumber Manusia Berhad(PSMB).Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina menyaksikan memorandum persafahaman(MoU)antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Bangladesh untuk membawa 12000 pekerja dari negara tersebut ke Sarawak.Berdasarkan fakta yang kami ambil melalui akhbar Kosmo mengenai info pekerja asing di Malaysia pada tahun 2013,(Indonesia 935,000) (Nepal 359,000)(Bangladesh 319,000)(Myanmar 174,000)(India 117,000)(lain-lain 196,000) Jumlah keseluruhan pekerja asing yang sah di Malaysia sehingga Oktober 2013 seramai 2.1 juta orang.Jelaslah dengan fakta yang dihuraikan bahawa kemasukan warga asing akan menyebabkan pihak kerajaan akan membuat pelaburan wang kepada mereka dimana pihak kerajaan akan menyediakan kemudah infrastruktur,tempat tinggal,bantuan kewangan dan sebagainya.Hal ini menunjukkan seolah-olah keistimewaan terhadap orang Melayu telah hilang dan majoritinya dikuasi oleh warga asing.Secara tidak langsung peluang pekerjaan terhadap orang Melayu menjadi terhad kerana tumpuan lebih diberikan kepada warga asing.
 
POLITIK
Seterusnya isu keganasan yang melibatkan dari aspek politik baru-baru ini di negara kita melalui akhbar Kosmo ialah “Malaysia boleh bertukar menjadi negara sasaran serangan militant”TUJUH orang militan Indonesia yang ditangkap polis pada 2 Disember lalu mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan sementara sebelum mereka pergi ke Syria untuk menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar Al-Assad.KUALA LUMPUR-Meskipun tujuh militant Indonesia hanya menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke Syria baru-baru ini,adalah tidak mustahil negara ini boleh dijadikan negara sasaran serangan oleh militan itu kelak,kata Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.”Pada masa ini Malaysia berstatus sebagai negara transit tetapi jangan ingat bahawa status transit itu boleh berubah kepada negara sasar.”Orang tak sangka Australia dan Sydney boleh menjadi negara sasar,orang tak ingat Kanada atau AS boleh jadi negara sasar.Jadi jangan ingat sasaran mereka hanya Iraq dan Syria sahaja,”katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar Selangor awal bulan ini kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan menjadikan Malaysia sebagai tempat transit sebelum mereka menuju ke Syria.Semalam  Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,kesemua warga Indonesia itu yang berusia antara 25-35 tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Teorism,Cawangan Khas,Bukit Aman,2Disember lepas.Seorang daripada mereka dipercayai fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria dan disyaki mempunyai hubungan dengan Umar Patek yang merupakan anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf dan anasir Al-Qaeda di Asia Selatan.Hishammuddin turut mengingatkan masyarakat terutama golongan muda supaya sentiasa peka dan prihatin terhadap ancaman golongan militan berkenaan,-Bernama.Jelaslah dengan fakta yang kami bincangkan di atas bahawa isu militan ini akan menggugat keamanan negara dan secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak keselesaan terhadap masyarakat tempatan dan mereka akan merasa terancam dengan keadaan sekeliling mereka.Oleh itu,sebagai inisiatifnya pihak kerajaan perlulah memandang serius terhadap isu ini kerana ia melibatkan campur tangan antara dua negara Malaysia dan Indonesia agar kedua-dua negara ini bersatu dengan kata sepakat serta mempunyai persefahaman antara satu sama lain supaya isu ini dapat debendung dengan selamat.


 
                                  SOSIAL
 
Isu keganasan yang melibatkan dari aspek sosial antaranya ialah “peningkatan mendadak kes ancaman siber membimbangkan”MELAKA-Ancaman siber di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak setiap bulan dalam tempoh Sembilan bulan pertama tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,410kes.Timbalan Menteri Sains Tekonologi dan Inovasi Datuk Dr.Abu Bakar Mohamad Diah berkata,daripada jumlah itu sebanyak 717 kes ancaman siber direkodkan pada Januari (707), Februari (498), Mac (707), April (773), Mei(645), Jun(777), Julai(943), Ogos(1258) dan September(1822).Beliau berkata penipuan siber merupakan salah laku tertinggi daripada ancaman siber yang direkodkan dalam tempoh tersebut iaitu 3,326 kes, diikuti spam (1710),cubaan pencerobohan (1,244), pencerobohan(708), kod fitnah(645), gangguan siber (430), berkaitan gangguan (29), laporan yang mudah terdedah (25) dan penipuan perkhidmatan (23).”Peningkatan kes ini serius dan perlu ditangani secara proaktif dengan kerjasama pelbagai pihak terutama CyberSecurity Malaysia yang bertindak sebagai agensi penguatkuasaan dan pemantauan kes ancaman siber selain penglibatan pakar teknologi maklumat dan komunikasi serta penyelidik di negara ini.Ia penting bagi melindungi bukan sahaja system teknologi maklumat negara malah pengguna daripada menjadi mangsa ancaman keselamatan siber,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Komunikasi Maklumat (WCIT) 2014 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM).Contohnya, kes “Blogger seks Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee”yang sedang dibicarakan di mahkamah.Alvin juga dipercayai memuat naik status mencarut dalam akaun Facebooknya yang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bagi mencabar menteri itu melaksanakan kata-kata amarannya yang mahu menarik balik pasportnya dalam usaha membawa pulang blogger seks tersebut ke Malaysia.Selain itu, pasangan blogger seks ini turut mencetuskan kemarahan umat Islam apabila mengucapkan selamat berbuka dengan hidangan bak kut teh (sajian sup tradisi masyarakat Cina ysng biasanya menggunakan daging babi).Secara ringkasnya merujuk dengan fakta yang dijelaskan masalah ini perlu ditangani secepat mungkin agar ia tidak berlaku berterusan yang akan diwarisi dari mana-mana bangsa dan agama.Hal ini kerana, apabila masalah ini berlarutan ia akan wujud isu perselisihan antara kaum dan juga akan menyebabkan imej negara Malaysia tercalar yang dikenali sebagai negara yang bermasalah serta memberi kesan pada ekonomi yang merudum, kedudukan politik yang tidak stabil dan permasalahaan masyarakat sekeliling.Pihak yang bertanggungjawab sewajarnya memandang serius terhadap permasalahan yang berlaku di negara ini dan mengambil tindakan serta merta.
 
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
 
Image result for pembentukan masyarakat majmuk di malaysia
            Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri.Kesan campur tangan Inggeris telah mewujudkan sebuah konsep pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang membawa perubahan dalam politik dan sosio-ekonomi.
         Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik.Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia pada dahulunya tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah sebuah “pembentukan masyarakat majmuk”.
           Kesimpulannya,pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.Oleh itu,wujudnya masyarakat berbilang kaum,etnik dan bangsa di Malaysia.Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya,adat resam,bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan.Kemajmukan masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini menjadikan Negara ini sebagai tarikan masyarakat luar.


SEKIAN DARIPADA KAMI..
1. SITI AISHAH
2. FARAHHANI
3. FATIN NURHALIZA
4. SUWIZA HUSIN